Wednesday, June 13, 2012

feveret life kat pedalaman.

Assalamualaikum dan good morning (:

Hari yang indah,sunyi,permai sbb nampak gayanya aku seorang je tinggal dlm bilik ni.hausemate aku sume kelas pagi gamaknye.kelas aku 10.30 pagi,so boleh enjoy2 minum kopi tepi tingkap sambil gayut kaki.ececee..Alhamdulillah baru lepas solat dhuha,streching sikit2,satgi pukul 10 member baru aku dah tunggu.baru kenai semalam okayy what dah boleh bertepuk tampar cam lama kenal,wakaka.

Sambil berblogg aku usha2 luar tingkap.aku stay level 4,so view bilik aku mmg terbaik.dgn keluasan tingkap sebesar papan putih dan tinggi mencecah siling aku terasa nak renovate tambah balkoni.sesukahati bapak mentua aku je kan.kahkah, aku kan duduk pedalaman sini, so bangun pagi nampak bukit dan pokok.balik kelas nmpk itu jgk.nak tidur malam nmpk..lampu tepi jalan aje la.malam gelap x nmpk pokok pungg.

Baru sesaat tadi roomate aku call, kawan baru jugaklah. budak MRSM. pandai dan hardwork sungguh beliau. tercabar den, but okaylah. dia budak engine aku budak sains. baik macam aku jugak.heww. but tak dpt connect sbb line kat sini mmg XYZZZZ! ada satu malam tu aku smpai terlompat-lompat sbb nk dpt line,gilaa sungguh.kwang3.but internet mmg superbb.every desk ada kabel masing2. so meroyan la aku malam2, sobsob.

Timetable aku pun biasa2 je. Jumaat la best. satu kelas je pastu free,wahaha.Khamis aku pack nk mati.rasa nak sepak2 je.But fair la, takpayah nk ulang alik bilik byk kali.stay je kat fakulti smpai maghrib,nasib baik takde kelas malam ke apa.

Lecturer sini pun semua taraf prof. Dr. je, perghh.lecturer chemy utk lab aku muka mcm einstein seh,rambut beliau pun.cuak aku nk start masuk lab next week. terketar-ketar aku time beliau tanya "Am I right if i'd say benedict test is to test the present of glucose?" basic pun aku dah nak terkencing.ada la certain yg confident je angkat tangan.aku sbg orang yg setahun setengah tak belajar membuat muka tidak tahu smbil mata memandang susunan test tube di meja depan.kihkih, so then dia tanya la org2 yg tak angkat tangan tu.syukur aku berada agak kebelakang, maka aku pun dia tidak nampak. sape pun x dpt jawab walhal majoriti sini budak stret A ye dan dr SBP dan MRSM yg gah.kecuali aku.Last2, rupa-rupanya benedict test tu bnde alah utk reducing sugar.barulah semua pun cam OHH.. haha,see? siapa expect kat U pun korang nk kne revise balik bnde alah f4 n f5 ni.90% semua kita dah belajar so kira nak tacap balik je.

So okay la,next time aku bebel lg pasal lecturer aku yg best2 ni.satgi nak kena join koko.ada yg suruh aku join khidmat masyarakat la,rakan masjid la,hish2.pandai2 la aku gamaknya.sekian wassalam (:

No comments:

Post a Comment

budak baik