Saturday, January 5, 2013

Ayah nak ayahh! hihi

Assalamualaikum :D

Eh rindunyaa.rindunya kat blog aii ni.serius aku cadang nk hapus delete dispose je blog ni.tapi malas.tengok nak delete pun malas apatah lagi nak update entry baghuu.hee.

tapi takpe la.saje nak post entry copy pes aku.tengok2! nk pikir entry baru pun malas,copy pes pun oke laa -.-

found dis kat fesbuk tadi.actually aku lagi suka twitter, but news feed fesbuk no bad what lagi2 kalau hekau jenis rajin menge-like page2 semasaa.macam haku ni.
ni apa yang aku jumpa dan baca sambil sebak bertepung di dada (background tgh lagu ayah-Aeman) :P ambil feel ambil feel orang kata.

firstly,bayangkan muka ayah hampa.muka sedih lagi baguih,then start read this with Bismillah..

[Kisah Benar] Kerana dia seorang Ayah 

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...


:')

oke.wassalam :)

Friday, August 10, 2012

Happy Eid u'olls :D

Assalamualaikum w.b.t :)

Counting for another 20 minutes to break-fast.sound awesome isn't ? phuhaha

Here a bit tazkirah.I rather say it a feedback :)


Learn to multitask, step by step.
Teruskan ulangkaji, tapi tak perlu berhenti berlatih.
Teruskan ulangkaji, tapi tak perlu berhenti terawih.

Kalau rasa tak cukup ulangkaji, kurangkan latihan.
Kalau rasa tak cukup ulangkaji, atur masa terawih sendiri.

Anything you do, NEVER drop one thing for another.

Belajar daripada sekarang. Later in your study years, you'll need this skill.

Subjek A ada assignment, subjek B ada projek, subjek C ada test. Semua dalam minggu yang sama. Mana boleh drop semua ambil satu sahaja.

Later in your life pun akan guna.

Bos cakap, "Siapkan kerja ni, deadline hari Ahad."
Suami/Isteri cakap, "Weekend ni nak pergi beli baju anak kan?"
Mak cakap, "Hujung minggu ni kau jadi balik tak? Mak nak masak gulai feveret kau."

Takkan nak cakap dekat bos, "Sorry bos kerja tak dan siap, balik kampung." ?
Bye-bye la gaji ribu-ribu tu.

So.
Start growing up to be a successful person.
Doesn't mean you have to drop your inner child and be a serious adult. No.
Just learn when to be childish and when to be serious.

Kesimpulan?
Don't drop things. Plan well, execute.

So,it aint that easy to do the same things once but if you try to do it LillahiTaala it can be simple either way you dont want to do it.

Lets catch up the last 10 Ramadhan guys :D InshaAllah

Thursday, June 14, 2012

Mood tunggang terbalik

Assalamualaikum dan whassup :(

Tgk icons yg down semacam adakah ianya bererti a<0 ? Tidak-tidak. Terbawak-bawak aku dgn kelas Maths td. Baru chapter 1 dah terasa nak berguling, haiyoo. --'

Actually semalam aku dah prepare dr segi fizikal n mental nk tempuh jadual khamis yg pack gila.alhamdulillah.habis jugak.ngaaa.dah rasa nak menjerit terjun tingkap.baru first week otak aku dah jammed dan blankkkk.salah siapa kasi aku cuti 6 bulan ni.hish.lama sgt smpai otak aku terhegeh hegeh nak refresh segala data balik.Tuhan tolong~

So aku masih okay je sampai la masuk tutorial Physic td.lecturer buat brief psl life sbg students Universiti.sgtlah susah dan teruk dan haih.mengeluh je la aku.aku dah down.itu baru satu kali kena tembak.disangkakan hujan hingga ke petang rupa-rupanya panas terik membahang sampai kulit aku mengelupas di tengahari.time lecture bio td,ke down nan aku dah masuk dalam tanah.

Lecturer aku dah warning awal2 utk siapa2 yg tegar utk go on medic n kena start from foundation dulu like us asasi sc students.beliau suruh try pasang cita-cita lain instead of being a doctor.WHY? becos most students last sem frust menonggeng kau bila mereka ini tak dpt empat rata n go on utk medic.swear.muka lecturer tu serius gila.tgk dahi pun kerut2.aku pun dah buat muka pucat n gaya kena tampal konyok kt hujung dahi.tsk.kecewa.nampak sgtlah aku ni jenis tak boleh kena torture and saiko di awal semester.nak buat mcm mana kan.

Dalam kelas kuliah tadi aku dgn lurus bendulnya pun dah terpikir byk cita2 lain.bengong tak? org lain kalau dah kena cenggitu lagi la nak fokus dlm kuliah, aku boleh plk termenung pikir masa depan lain.kahkah.dalam diam2 aku terpikir nak jadi ustazah la,pelukis la,hapekebende la..mcm2 la yg pelik2 lagi.ekeke.mmg la sengal tahap ayam.

Tak habis kat kelas bio aku sambung dlm kelas chemy plk.Dgn LCD nye yg rosak, lagi lah aku membayangkan masa depan aku kt screen yg kosong tu.hish.sekarang terbawak-bawak dlm bilik pulak dah.yg roomate aku plk pi bukak lagu sedih2 pulak dah.aku pun jeling2 tajam kat dia..sobsob,sedih siot lagu nii. ada lirik putus asa..putus asa...arghhh!

Btw, dah2.Sambung bnde lain plk. ni aku nk story sikit. Tadi aku nak lif dgn member aku n sorang lecturer prmpuan ni. total 4 je la gurls. yg lain lelaki. yg lif ni pun cm sje je nk suruh berhimpit cm roti himpit. nk kena masuk dlm lif yg pack aku terpaksa reverse ke belakang smpai ke dinding. ada sorang ni yg tinggi lampai,kemeja checkers, and ehemm not bad la, kena diri sbelah aku. aku pun dah dup dap dup dap. haha tipu aje. tak rasa apa pun. itu lagi tipu. kahkah. rasa nak cepat2 keluar and get loss dr lif ada la.then bila dah ting smpai level 2 aku pun cpt2 ckp kt member sblh aku "cepat2!" then yg mamat td perasan kekibutan aku terus ckp..

"Jangan kalut."

Ekekeke.rasa nak putus pundi kencing aku nk tergelak.tp muka dia cm mamat backstreet tu taklah aku berani nk gelak dpn dia.kang tak memasal aku tersondol kt pintu lif.dgn gaya sopan aku pun tutup la mulut aku.ecece..cm org dulu2 gelak pulak dah.cover betul.aiyee,betul apa.gaya cm org KL ofkos la akn ckp somehow cm "woi,lek arr" ke apa kan.ni dgn slang utagha nye.haih.hensem betul laki zmn skrg.suka buat gadis ayu cm aku ni tak kering gusi.okayhla.byk assignment aku ni.tak terkira dek jari kaki.

kbyee n wslm :))

Wednesday, June 13, 2012

feveret life kat pedalaman.

Assalamualaikum dan good morning (:

Hari yang indah,sunyi,permai sbb nampak gayanya aku seorang je tinggal dlm bilik ni.hausemate aku sume kelas pagi gamaknye.kelas aku 10.30 pagi,so boleh enjoy2 minum kopi tepi tingkap sambil gayut kaki.ececee..Alhamdulillah baru lepas solat dhuha,streching sikit2,satgi pukul 10 member baru aku dah tunggu.baru kenai semalam okayy what dah boleh bertepuk tampar cam lama kenal,wakaka.

Sambil berblogg aku usha2 luar tingkap.aku stay level 4,so view bilik aku mmg terbaik.dgn keluasan tingkap sebesar papan putih dan tinggi mencecah siling aku terasa nak renovate tambah balkoni.sesukahati bapak mentua aku je kan.kahkah, aku kan duduk pedalaman sini, so bangun pagi nampak bukit dan pokok.balik kelas nmpk itu jgk.nak tidur malam nmpk..lampu tepi jalan aje la.malam gelap x nmpk pokok pungg.

Baru sesaat tadi roomate aku call, kawan baru jugaklah. budak MRSM. pandai dan hardwork sungguh beliau. tercabar den, but okaylah. dia budak engine aku budak sains. baik macam aku jugak.heww. but tak dpt connect sbb line kat sini mmg XYZZZZ! ada satu malam tu aku smpai terlompat-lompat sbb nk dpt line,gilaa sungguh.kwang3.but internet mmg superbb.every desk ada kabel masing2. so meroyan la aku malam2, sobsob.

Timetable aku pun biasa2 je. Jumaat la best. satu kelas je pastu free,wahaha.Khamis aku pack nk mati.rasa nak sepak2 je.But fair la, takpayah nk ulang alik bilik byk kali.stay je kat fakulti smpai maghrib,nasib baik takde kelas malam ke apa.

Lecturer sini pun semua taraf prof. Dr. je, perghh.lecturer chemy utk lab aku muka mcm einstein seh,rambut beliau pun.cuak aku nk start masuk lab next week. terketar-ketar aku time beliau tanya "Am I right if i'd say benedict test is to test the present of glucose?" basic pun aku dah nak terkencing.ada la certain yg confident je angkat tangan.aku sbg orang yg setahun setengah tak belajar membuat muka tidak tahu smbil mata memandang susunan test tube di meja depan.kihkih, so then dia tanya la org2 yg tak angkat tangan tu.syukur aku berada agak kebelakang, maka aku pun dia tidak nampak. sape pun x dpt jawab walhal majoriti sini budak stret A ye dan dr SBP dan MRSM yg gah.kecuali aku.Last2, rupa-rupanya benedict test tu bnde alah utk reducing sugar.barulah semua pun cam OHH.. haha,see? siapa expect kat U pun korang nk kne revise balik bnde alah f4 n f5 ni.90% semua kita dah belajar so kira nak tacap balik je.

So okay la,next time aku bebel lg pasal lecturer aku yg best2 ni.satgi nak kena join koko.ada yg suruh aku join khidmat masyarakat la,rakan masjid la,hish2.pandai2 la aku gamaknya.sekian wassalam (:

Tuesday, May 22, 2012

GAGGGGG

Assalamualaikum dan selamat pagi (:


Hai awak.awak.dan awak juga.tidak lupa awak yg tengah menonong depan pc sambil makan maggi.time tgh buat entry ni hingus aku non stop meleleh.duduk bwh air cond suhu below 16 buat aku sakit jantung.pening2 sikit dan tidak lupa senggugut.


First line aku dah macam nak kasi public speaking je.wakaka.ikut perkiraan aku yg baru semalam aku selak kalendar tabung haji lagi 2 minggu aku akan masuk IPTA.Ohye,aku local je.selagi Nazmi Faiz tak balik Malaysia selagi tu la aku setia kat sini.kau bajet nak tunggu dia balik masuk meminang kau ke? kahkah.tapi aku rasa dia tak ensem pun.kulit pun ala-ala sawo matang gitew.tapi kalau dah berdiri sebaris dgn player SC Beira Mar walau lautan api sanggup ku redah.


Btw entry aku bukan nak soksek psl dia pun.Tiba2 teringin aku nak tahu result SPM dia acane eh.busybodyy sikit.okayh2 fans dia dah hingaq.takut bebeno den.


So aku end up asasi sc puncak alam.loser tak?loser tak? kawan2 aku semua fly fly aku terkandas local.but not bad whatt.eh apesal ungkit td kata nak tunggu Nazmi Faiz. :P Dan ayah aku bising suruh masuk UIA.UIA.kihkih.anakmuu tak dpt sana nak buat acane pakk.Palam not bad whatt.dekat je ngn rumah.naik vespa konfem sampai.


Dan sambil aku buat entry ni aku selang seli dgn tuitter.aku tidak tahu mahu menyesal ke tidak sbb follow si refjour ni.nak unfollow terasa sayang2 suweet pulak.satu words je aku nak label si mamat ni.HAPEKEBENGONGGNYAA beliau.suka sgt tuitt bnde jijik.tadi hingus meleleh ni ditambah dgn geli geleman tahap Tera tahu.


10 minit yg lalu :
2 nasi lemak, 1 telur mata dan neskafir ais. Sekarang menunggu masa untuk semuanya bersepai di mangkuk jamban.


5 setengah minit kendian :
Data dah masuk dah ni, bila nak bersepai ni?


4 minit kendian :
Apa salahnya cakap pasal berak di timeline?


3 minit kendian :
Adakah tahap salahnya sama macam tweet ada bisul di skrotum?


2 minit berlalu :
Peluh menitis membasahi bumi. Dan testis.


1 minit kendian :
Aliff Aziz tu takde acc tuiter ke? Aku nak maki ni.


Dan sekarang yg paling latest latest latest :
Komposisi nyahtinja yang terlalu berseni. Almost perfect. Komposisi yang tak cair sangat, warna yang hitam pekat dan sedikit kacang tempe.


Sumpah aku bukannya tulis balik just copy paste je.kbye nak muntah sat O.o







Monday, April 23, 2012

Underground life

Assalamualaikum -.-


Time tgh buat post ni baru lepas lawan mulut dgn adik kecik aku.dia form 1,tp sbb dia pendek aku panggil lah dia kecik.takde sape menang sbb ayah aku mencelah saat-saat terakhir.last2 dua2 kena.ye,adil la sgt.mulut die caplas weyh.ye aku pun -..-


So nak diikutkan cerita sebenarnya aku nak habaq mai,aku dah jumpa balik besfren aku time kecik2 dulu meh.sedih woot woot :')


Terima kasih diucapkan kepada group sekolah rendah aku kat fesbuk yg sangat membantu.saya terharu.terkejut tak aku kata kalau dah 7 tahun sort of like that aku lost connection dgn dia.sobsob.sedih gila tahu.


Aku kenal dgn dia since tadika wa cakap.lps tu masuk sekolah rendah sama-sama.sekolah agama sama-sama.kami berdua speses boyish sikit.yup2.rambut nak pendekk je.kalau boleh atas telinga.budak lelaki bengkek je dgn kitorang sebab ganas sgt.dulu trend pakai seluar tracksuit dlm kain sekolah.lps balik sekolah agama,kitorang akan lumba basikal.dulu aku ada basikal cemetot kaler merah.dah selamat jadi besi buruk gamaknya.aku ingat time aku terbabas langgar basikal dia.terseret kat tepi jalan.nasib baik tak luka,koyak ke apa.pfft,tudung je terbabas ke depan.habis hancur skarf aku.sebab dulu time kecik2,otak tak boleh beza baik buruk sgt,mmg time2 tu jugak aku tarik tudung aku ikat tang dahi.alaa2 superwoman giteww.ish2,bila ingat balik rasa berdosa pulak.


Kalau dulu sekolah agama petang habis dlm 5.30 cmtu.berdesup kitorang kayuh basikal pegi umah dia belakang masjid.dekat sikit.rumah aku jauh.aku suka lepak rumah dia.petang2 main game PS dgn adik lelaki dia.adik laki dia?kahkahkah,teringat pulak time tadika.adik dia sgtlh cengeng.kena gigit nyamuk sikit mcm org kena sawan wa ckp.kahkah.dulu aku lepak sampai nak dekat maghrib baru ingat nak balik rumah.esok lusa kwn mak aku merangkap jiran rumah sebelah kawan aku tu report selalu nampak aku main kat situ ptg2. -.- biasalah budak kecik tak cukup umur kan.orang nasihat sekali esok lusa buat lagi ye dak.


And then,tak silap aku time aku drjh 4.aku dpt tau dia nak pindah.pindahhh weh.dr Shah Alam merantau ke Klang sana.jauh ke idak aku pun taktahu.kecik2 mana nak tau feeling2 sedih ni.tapi takpe la sbb dia janji nk dtg visit aku bila2.no fone pun dia kasi.sebulan ke dua bulan pertama rajin aku call dia.sampai kan result UPSR keluar pun aku tahu dia dpt 5A.pandaikan?pandai sgt2.aku selalu berdoa dia masuk asrama sama ngn aku.


Tapi itulah,last contact aku ngn die.aku hilang tanpa khabar berita sbb aku masuk asrama.setiap tahun aku cuba jejak dia balik.cm jejak kasih gitu.aku ingat nama penuh dia and selalu gak la type nama dia kat fesbuk.kalau ada rezeki nakkk sgt keep in touch dgn dia balik.tapi still xde rezeki.


Dan semalam bila jumpa account dia rasa nak jeritt sgt.happy wa cakap.sebak pun ada.dah besar dah ha masing2.Allah pertemukan kitorang balik bila masing2 dah habis SPM.Alhamdulillah sgt2.sempat la chat jap dgn dia.akuu tumpang bangga sbb dia ada band.aku tatau nk bangga apa mybe sbb aku sndri tak sangka dia ada suara sedap cengitu kut.haha.vocalist grup Bunch Of Nerds.aku baru dgr but aku mmg minat gegila lagu2 dia.
and aku tak sangka dia pandai main musical instrument ni :)


But then,kawan kita kan?kita nak expect apa kalau life dia dgn life kita lain weh.dan aku pun bukannya perfect sgt nk tegur dia.life dia underground.life yg Hlovate selaluu cerita.she's totally dig and wannabeb posers I cud tell you.jamming tu life dia.Gig tu kira dia la.but still,aku sayangg dia sampai mati.


kalau nk dgr nah link   http://www.reverbnation.com/bunchofnerds.
suara dia sedapp.muka hensem,haha.marah aku ckp hensem nak gak muka comeyy ha XD


Thats all,





Saturday, April 21, 2012

cerita asrama bahagian satu

Assalamualaikum :)

Few days ago just attending my school 's event.and it was a blastt.sedihnyaa dah keluar sekolah.I dont know whattosayy,just sedih dan sedih plus sedih.hamboi time kat sekolah dulu bukan main lagi nak keluar jadi senior cepat-cepat.fly sana fly sini.I takk okey,I budak baik dan skema nak mampos.oke tipu,saya tuang riadah je.

But then, saya nak sebut kat sini.siapa tak duduk asrama dia rugi.rugi yang macam mana tu ye ? alaa rugi yg macam kau menang cabutan bertuah kt shopping mall,lps tu orang mall tu call kau.tp kau buat dont know sbb kau igt org tu prank kau.then hadiah berupa sebijik kete dpt tang org lain.sort of giteww la.ada rasa nk bunuh diri tak sbb menyesal?kahkah

Duduk asrama dulu mcm2 boleh buat tau.I mean yg kau tak pernah dapat nak buat la kalau duduk rumah.like me,time form 1 le first time aku mekdee,alamak sedih tak?ayah aku kata tu mknn org kapir.tapi aku mkn jugaklah sbb sebesau besau alam ada logo halal kt situ.kejam tak ayah aku.tipu aku hidup-hidup weh.

Sama jugak la kalau time cuti nak balik rumah.balik rumah sendiri waa cakap.pegi bus stop depan sekolah.amek Metro 91.turun sogo.lepak food court.agak2 nak asar tu lari cepat2 cross jalan raya sesak tgh KL takut termiss KTM.suweetkan?

Siapa kata duduk asrama tak best ? best siutt.nak nak dpt pegang duit byk2.dulu kecik2 dpt sepuluh hinggit dah boleh eksyen kat membe tahu.boleh beli set kaler 24 warna dah tu.but then kalau kt asrama pegang rm50 pun ghase sikit sgt.hujung minggu pun dah habis.sedih tahu.nama je duduk sekolah SBT.tak paham google sendiri.

Dulu time form 1 ke form 2 ke,rajin aku basuh pakai tangan.bukan ape,baju sendiri mestilah nak bersih clorox kan.lagi-lagi baju sekolah.tapi start form 3, aku dah mula berjinak-jinak mengumpul 50 sen.siapa ada banyak 50 sen,orang tu paling ramai kawan.wow,hebatnya 50 sen.sebab boleh exchange dgn duit ketas,then boleh basuh baju guna mesin.tokey mesin yg duk dtg hujung minggu membaiki mesin pun menjadi kaya.huahua.sampai sekarang aku musykil kenapa asal weekend je mesin rosak.hmm,

will be continue sbb nak siapkan essay Mara japs :]